Monday, 3 November 2014

Filem Malaysia



Filem-filem kat Malaysia ini bagi aku ikut musim, musim lawak semua lawak, musim seram semua  seram, musim gangster semua buat filem gangster. Tapi paling banyak cerita cinta...itu jela pengarah malaysia mampu buat. adala sesetengah produksi nak buat cerita lain dari yang lain macam KRU...aku salute la kat dorang pasal nak buat cerita fiksyen fantasy...tapi macamana pun cerita tak sampai...cerita action aku minat, aku suka cerita melayu...tapi melayu punya filem action tak berapa nak menjadi jugak...gaya berlawan pun kaku....last-last nak laku kan filem ambil pelakon lawak jadi hero...lawak memangla seronok,tapi sampai bila nak hidang orang malaysia cerita macamtu??cinta paling tak boleh bla...banyak sangat...cinta islamik kononya la...pffttt....

Filem tokan dadah tapi berilmiah pasal chemical
Bagi aku sebagai rakyat malaysia, aku mengharapkan satu filem yang berilmiah...kalau filem gangster filem gangster berilmiah..takdela filem yang kosong semata-mata kekeluargaan sahaja. Cerita pasal engineering, kedoktoran, politician, bukan cerita korporat yang sembang-sembang kencang. Cerita mcguyver, house, breaking bad, sherlock holmes , banyak lagila...kalau jepun cerita siri brain, india 3 idiots...walaupun dorang tu pun ada buat cerita taraf rakyat malaysia...tapi tak popular pun...kenapa kita tak boleh buat filem taraf mereka...macam takde mencuba pun...takut takde follower??come on la...

Filem-filem Malaysia bukan jenis mendidik, tapi banyak jenis melemahkan otak....xde ilmiah pun...tapi nak buat macamana, kalau setakat nak puaskan hati aku sorang, baik director, penerbit puaskan hati orang lain yang sokong mereka...

Filem Cikgu Suraya...tak tau betul ke tak cerita tu akan keluar...selama ni dalam fantasi je...tapi kalau keluar gak...hancurlah...Filem Malaysia maju setapak lagi kearah kebengongan...

Sekian.

Saturday, 1 November 2014

Punca Kurang Air Dalam Badan Salah Satu Faktor Kegemukan








 
Air terdiri daripada 75% daripada komposisi badan kita, jadi ini membuktikan air lebih penting daripada segala makanan yang lain. kekurangan air dalam badan atau lebih dikenali sebagai dehydration boleh menyebabkan sistem dalam badan terganggu dan boleh menyebabkan penyakit-penyakit merbahaya menyerang tubuh kita termasuklah masalah kegemukan. Mitos mengatakan air yang lebih menyebabkan perut menjadi buncit. ianya adalah betul dan tidak betul juga. sekiranya kita minum pada waktu-waktu yang betul air dapat mencegah banyak penyakit moden sekarang ini. jangan la kita minum dengan banyak sebelum dan selepas makan...minumla sekadar menghilang rasa tercekik dan sebagai pelincir makanan turun melalui esofagus ke perut. banyakkan minum pada waktu selain dari waktu makan.

Pokok yang tidak dapat air akan mati, sama juga manusia...satu-satu sistem badan kita akan rosak...air seperti minyak kepada kenderaan...tanpa minyak satu2 enjin tidak dapat dijalankan...dan tanpa minyak juga enjin akan rosak...sel-sel badan kita memerlukan air sebagai penggerak untuk bekerja...

antara masalah-masalah kekurangan air adalah seperti berikut:

1. Kepenatan- 
bagi orang yang bekerja berat, atlet, kepenatan adalah perkara biasa kerana tenaga banyak dikeluarkan, tapi ianya bukan satu-satunya faktor keletihan...bagaimana pula bagi orang yang tidak bekerja berat tetapi juga letih? ini adalah kerana jantung terpaksa bekerja lebih untuk mengepam darah lebih kuat supaya setiap sel mendapat bekalan secukupnya. 

2. Cepat Marah-
Kekurangan air menyebabkan suhu badan meningkat, ini menyebabkan perasaan marah itu meningkat.
 
3. Darah Tinggi-
 tanpa air yang cukup, kepekatan darah dalam badan meningkat, menyebabkan proses perjalanan darah terganggu. ini boleh menyumbang kepada strok.
 
4. Penuaan-
semakin banyak tenaga yang dikeluarkan,sekira tidak dijaga sebetulnya... semakin cepatla tua sistem dalam dan luar badan kita.
 
5. Masalah Kulit-
air dapat membuang toksin melalui sistem perkumuhan, sekiranya toksin tidak dibuang masalah kulit  boleh terjadi seperti psoriasis dan dermatitis.

6. Sakit Tulang-
 air bertindak sebagai penyerap tekanan antara joint tulang, dan membolehkan kita bekerja tanpa rasa sakit. 

9. Kegemukan-
kenaikan paras kolestrol akan meningkat, dan metabolisma badan berkurang. seseorang yang berasa lapar bukan pada waktunya, minum lah...pasti akan hilang perasaan tu.

10. Masalah Pencernaan
11. Masalah Buah Pinggang

 Jadi, minumlah air sekurang-kurangya 8gelas sehari bagi orang dewasa...bergantung juga kepada kerja kita pada hari itu...sekiranya banyak tenaga dikeluarkan maka perlulah lebih banyak air diminum.

Wednesday, 29 October 2014

Malaysia Di Hatiku

Malaysia bukan sekadar pada bendera, tapi Malaysia Berada Di Hati Kami
Politik...politik tiada kaitan dalam kehidupan kita??aku tak suka politik...tak minat pasal politik...apa yang mereka cuba cakapkan sebenarnya??boleh siapa-siapa jelaskan pada aku tak?

 Kita sebenarnya memang dah berpolitik daripada kecil lagi...dalam keluarga ada politik dia sendiri...ketua keluarga...penolong,setiausaha...si rajin, si malas...kan politik tu??si bapa mempunyai rahsia dengan si ibu...si ibu mempunyai rahsia dengan si bapa...anak-anak juga mempunyai rahsia dengan ibubapa... si bapa berkomplot dengan si anak untuk menyimpan rahsia daripada si ibu...dan semua kebarangkalian perkomplotan dalam keluarga boleh berlaku...bukan politik ke namanya tu??adik beradik saling tuduh menuduh...ada anak kesayangan...ada anak di kurang disayang...pilih kasih...bukan politik jugak ke tu??

itu baru di peringkat keluarga...belum peringkat sekolah...masyarakat...tempat kerja...tapi kenapa ada masih ada orang cakap "aku tak minat politik"??...bagi aku...orang sebegitu cuma mementingkan diri sendiri...politik bagi dia hanyalah politik peringkat kerajaan...tak kesah siapa betul...siapa salah...yang penting orang tak kacau dia...kalau tak minat parti politik...berpolitik la untuk masa depan negara...sebarkan mana yang benar...mana yang salah... bukan nak cakap pro-kerajaan betul sentiasa...bukan juga nak cakap pembangkang juga benar sentiasa....cuma yang salah kita tentang...jangan la sebab budi yang berabad lama dari zaman atuk nenek kita dahulu sampai yang salah kita kata betul...kita ni bukan pembayar budi...apa guna mengenang budi yang lapuk kalau sekarang kita ditindas... ibarat atuk dia bagi atuk kita makan...lepas tu cucu dia mencuri harta kita..dia terlepas pasal jasa atuk dia yang dulu diungkit-ungkitkan...

Sekarang ni, Politik Malaysia memang teruk...tak payah la nak compare dengan negara-negara lain yang lagi teruk....tapi memang teruk pun malaysia ni...dengan menteri-menteri yang berpelajaran tinggi pun cuma pandai atas kertas exam...tapi sebenarnya otak taraf tadikaa....hanya mementingkan poket sendiri...ulamak-ulamak duniawi...politik peribadi...dengan penyokong-penyokong taksub...

ambillah tahu pasal politik negara kita...kalau bukan kita yang nak menentukan hala tuju Malaysia ke mana...siapa lagi??kita sahaja lah...yang penting...biarlah berbeza,bangsa, agama, kaum dan pahaman politik macamana pun...yang penting kita semua satu rakyat malaysia...bia lawan dalam politik...tapi kawan baik di luar...

Saturday, 25 October 2014

Bajet Bagus



Gambar Sekadar Hiasan

Kecoh sekarang ini pasal program I want to touch a dog...walaupun pada mulanya aku setuju dengan program ni atas dasar anjing juga adalah haiwan...tapi lepas program tu...mulalah keluar hujah-hujah yang mengatakan haram memegang anjing tersebut...lebih teruk lagi dikaitkan dengan konspirasi-konspirasi jahat...aku pun serta merta menjadi lalang...ikut jugak tak setuju...ustaz-ustaz dah bagitahu tak boleh pegang anjing suka-suka...takkan aku nak lawan...lagipun ustaz-ustaz yang cakap tu bukan calang-calang...aku yakin yang cakap tu bukan ustaz duniawi semata-mata...

Biasala, manusia mana yang tak buat silap, apa susah...mana yang terlibat tu...pergi jela bersuci...SERTU...orang-orang melayu popular dengan samak...lepas ni dah tau takdela nak terlibat lagi program pegang anjing ni lagi kan....

cuma kat luar sana, ramai sangat jenis menghukum...lagi-lagi kat alam maya ni...cakap macam dia tu tak pernah buat salah...yang cakap tu perokok...free hair...tak solat...macam2 la..."Haram is Haram"lah...tengok profile fb...hampeh...

Perkara dah berlalu...nak salahkan siapa-siapa tak guna dah...buat cara-cara pencegahan jelah...supaya kejadian-kejadian macam ni tak berulang...ketatkankan syarat-syarat nak buat program...program ni pun bukan program takde izin...ada surat izin...lagipun dah dihebahkan lama sebelum tarikh sebenar...akhir-akhir...lepas program baru nak kecoh...apela...

Kepada Syed Azmi Alhabshi...kalau betullah anda seperti yang saya baca dalam sidang media...keratan-keratan akhbar...nasihat dari saya...harap-harap berhati-hatilah dalam membuat program yang lain lepas ni...banyakkan bertanya pendapat orang dalam bidang agama...teruskan usaha anda dalam program untuk mendidik masyarakat kearah kebaikan...Semoga sukses selalu...

Sekian...wassalam....

1+1=??



Gambar Di atas menunjukkan gambar apa?

Apakah jawapan bagi soalan di bawah ini?

1+1=??

Soalan mudah je ni? pasti ada yang menjawab gambar di atas tu gambar itik...akan ada juga yang menjawab arnab...yang mana satu yang betul??yup...tiada yang salah...kedua-duanya juga adalah betul...bahkan kalau ada yang menjawab gambar penumbuk juga betul...

1+1 pula sama dengan berapa?? pasti-pasti jawapan dia adalah 2...bagaimana pula kalau ada yang menjawab menggunakan asas 2(binary)...pasti jawapan yang diberi adalah 10...betul kan?

jadi, apakah kaitan kedua-dua soalan tu? tidak ada apa pun yang spesel...cuma setiap orang ada daya pemikirannya masing-masing...ada pandangan masing-masing...pemikiran setiap orang tidak sama...ada yang jenis lurus...ada yang jenis kreatif...ada yang jenis putar belit...tapi selagi ianya adalah pandangan...tidaklah salah untuk di ketengahkan...

Perbezaan pendapat ni selalu terjadi dalam hidup kita....kalau macam aku ni selalu kene time dekat site...kontraktor dengan client...banyak sangat kepala...banyak la idea dia...sepatutnya perkara baguslah kalau idea banyak...tapi kalau dah kene paksa ikut idea dia seorang...tu yang tak bagusnya...apa guna kejar kpi kalau orang sekeliling benci?? 

Haish...macam-macam...

Ada kaitan ke??hentam saja lahh....
  

Thursday, 23 October 2014

Bermula Semula

Setelah lama menyepi ni...memang terasa agak sukar nak memulakan semula bidang penulisan ni...rasanya bukan bidang penulisan je...lumrah...benda dah lama tak buat...memang kekok la kalau tiba-tiba buat semula...selalu jadi masa main futsal...main tak power je mesti cakap "dah lama tak main futsal" ayat nak cover...padahal memang tak power pun....sama la macam berblogging ni...macam-macam benda dah lupa...kena belajar balik dari awal ni...harap-harap ada la yang sudi mengajar tu...

so sekarang ni...rasa nak tukar tema blog ni...dulu banyak post pasal benda-benda merapu...sekarang nak post pasal ilmiah-ilmiah sikit...sikit jela...last-last merapu jugak perginya...memang tak boleh nak dielakkan lagi...memang gua ni jenis merapu agaknya...

Ulamak yang mengajak generasi muda menyukai majlis ilmu juga tidak terlepas daripada fitnah manusia  

banyak masalah dunia berlaku sekarang ni...macam-macam...nak cerita balik pun rasa semua dah tahu...cuma paling terkini sekarang...isu video fitnah melibatkan ustaz azhar idrus...dunia akhir zaman...siapa percaya nampak sangat kebodohan dia...kalau percaya kerana melibatkan parti di hati...lagila penampakan kebodohan itu lebih jelas...apa-apa hal...mana yang rasa was-was betul ke tidak video tu...boleh lah kaji sendiri...ada akal Allah bagi guna la sebaiknya...

sekian...wassalam...

Wednesday, 22 October 2014

Kembali Beraksi



 

Lama dah tak update blog...long time no see...mula-mula tu rasa malas dah nak update-update ni...maklumlah dah bekerjaya sekarang ni....tak ada masa nak menulis...(alasan)...padahal memang malas pun...tapi sekarang ni tiba-tiba perasaan nak menulis tu terasa membuak-buak pula...so, sekarang ni nak cari tune dulu...harap-harap berhasil...haha...pada yang pernah saya buat silap dulu masa zaman mula-mula nak berblogging...memang ada pun...harap dimaafi...masa telah mematangkan saya...harap anda juga begitu...

sekian, terima kasih kerana membaca...

yang benar,
Akri Zary

IKLAN DARI NUFFNANG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...