Wednesday 29 October 2014

Malaysia Di Hatiku

Malaysia bukan sekadar pada bendera, tapi Malaysia Berada Di Hati Kami
Politik...politik tiada kaitan dalam kehidupan kita??aku tak suka politik...tak minat pasal politik...apa yang mereka cuba cakapkan sebenarnya??boleh siapa-siapa jelaskan pada aku tak?

 Kita sebenarnya memang dah berpolitik daripada kecil lagi...dalam keluarga ada politik dia sendiri...ketua keluarga...penolong,setiausaha...si rajin, si malas...kan politik tu??si bapa mempunyai rahsia dengan si ibu...si ibu mempunyai rahsia dengan si bapa...anak-anak juga mempunyai rahsia dengan ibubapa... si bapa berkomplot dengan si anak untuk menyimpan rahsia daripada si ibu...dan semua kebarangkalian perkomplotan dalam keluarga boleh berlaku...bukan politik ke namanya tu??adik beradik saling tuduh menuduh...ada anak kesayangan...ada anak di kurang disayang...pilih kasih...bukan politik jugak ke tu??

itu baru di peringkat keluarga...belum peringkat sekolah...masyarakat...tempat kerja...tapi kenapa ada masih ada orang cakap "aku tak minat politik"??...bagi aku...orang sebegitu cuma mementingkan diri sendiri...politik bagi dia hanyalah politik peringkat kerajaan...tak kesah siapa betul...siapa salah...yang penting orang tak kacau dia...kalau tak minat parti politik...berpolitik la untuk masa depan negara...sebarkan mana yang benar...mana yang salah... bukan nak cakap pro-kerajaan betul sentiasa...bukan juga nak cakap pembangkang juga benar sentiasa....cuma yang salah kita tentang...jangan la sebab budi yang berabad lama dari zaman atuk nenek kita dahulu sampai yang salah kita kata betul...kita ni bukan pembayar budi...apa guna mengenang budi yang lapuk kalau sekarang kita ditindas... ibarat atuk dia bagi atuk kita makan...lepas tu cucu dia mencuri harta kita..dia terlepas pasal jasa atuk dia yang dulu diungkit-ungkitkan...

Sekarang ni, Politik Malaysia memang teruk...tak payah la nak compare dengan negara-negara lain yang lagi teruk....tapi memang teruk pun malaysia ni...dengan menteri-menteri yang berpelajaran tinggi pun cuma pandai atas kertas exam...tapi sebenarnya otak taraf tadikaa....hanya mementingkan poket sendiri...ulamak-ulamak duniawi...politik peribadi...dengan penyokong-penyokong taksub...

ambillah tahu pasal politik negara kita...kalau bukan kita yang nak menentukan hala tuju Malaysia ke mana...siapa lagi??kita sahaja lah...yang penting...biarlah berbeza,bangsa, agama, kaum dan pahaman politik macamana pun...yang penting kita semua satu rakyat malaysia...bia lawan dalam politik...tapi kawan baik di luar...

No comments:

IKLAN DARI NUFFNANG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...