Monday 3 November 2014

Filem Malaysia



Filem-filem kat Malaysia ini bagi aku ikut musim, musim lawak semua lawak, musim seram semua  seram, musim gangster semua buat filem gangster. Tapi paling banyak cerita cinta...itu jela pengarah malaysia mampu buat. adala sesetengah produksi nak buat cerita lain dari yang lain macam KRU...aku salute la kat dorang pasal nak buat cerita fiksyen fantasy...tapi macamana pun cerita tak sampai...cerita action aku minat, aku suka cerita melayu...tapi melayu punya filem action tak berapa nak menjadi jugak...gaya berlawan pun kaku....last-last nak laku kan filem ambil pelakon lawak jadi hero...lawak memangla seronok,tapi sampai bila nak hidang orang malaysia cerita macamtu??cinta paling tak boleh bla...banyak sangat...cinta islamik kononya la...pffttt....

Filem tokan dadah tapi berilmiah pasal chemical
Bagi aku sebagai rakyat malaysia, aku mengharapkan satu filem yang berilmiah...kalau filem gangster filem gangster berilmiah..takdela filem yang kosong semata-mata kekeluargaan sahaja. Cerita pasal engineering, kedoktoran, politician, bukan cerita korporat yang sembang-sembang kencang. Cerita mcguyver, house, breaking bad, sherlock holmes , banyak lagila...kalau jepun cerita siri brain, india 3 idiots...walaupun dorang tu pun ada buat cerita taraf rakyat malaysia...tapi tak popular pun...kenapa kita tak boleh buat filem taraf mereka...macam takde mencuba pun...takut takde follower??come on la...

Filem-filem Malaysia bukan jenis mendidik, tapi banyak jenis melemahkan otak....xde ilmiah pun...tapi nak buat macamana, kalau setakat nak puaskan hati aku sorang, baik director, penerbit puaskan hati orang lain yang sokong mereka...

Filem Cikgu Suraya...tak tau betul ke tak cerita tu akan keluar...selama ni dalam fantasi je...tapi kalau keluar gak...hancurlah...Filem Malaysia maju setapak lagi kearah kebengongan...

Sekian.

No comments:

IKLAN DARI NUFFNANG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...