Saturday, 25 October 2014

Bajet Bagus



Gambar Sekadar Hiasan

Kecoh sekarang ini pasal program I want to touch a dog...walaupun pada mulanya aku setuju dengan program ni atas dasar anjing juga adalah haiwan...tapi lepas program tu...mulalah keluar hujah-hujah yang mengatakan haram memegang anjing tersebut...lebih teruk lagi dikaitkan dengan konspirasi-konspirasi jahat...aku pun serta merta menjadi lalang...ikut jugak tak setuju...ustaz-ustaz dah bagitahu tak boleh pegang anjing suka-suka...takkan aku nak lawan...lagipun ustaz-ustaz yang cakap tu bukan calang-calang...aku yakin yang cakap tu bukan ustaz duniawi semata-mata...

Biasala, manusia mana yang tak buat silap, apa susah...mana yang terlibat tu...pergi jela bersuci...SERTU...orang-orang melayu popular dengan samak...lepas ni dah tau takdela nak terlibat lagi program pegang anjing ni lagi kan....

cuma kat luar sana, ramai sangat jenis menghukum...lagi-lagi kat alam maya ni...cakap macam dia tu tak pernah buat salah...yang cakap tu perokok...free hair...tak solat...macam2 la..."Haram is Haram"lah...tengok profile fb...hampeh...

Perkara dah berlalu...nak salahkan siapa-siapa tak guna dah...buat cara-cara pencegahan jelah...supaya kejadian-kejadian macam ni tak berulang...ketatkankan syarat-syarat nak buat program...program ni pun bukan program takde izin...ada surat izin...lagipun dah dihebahkan lama sebelum tarikh sebenar...akhir-akhir...lepas program baru nak kecoh...apela...

Kepada Syed Azmi Alhabshi...kalau betullah anda seperti yang saya baca dalam sidang media...keratan-keratan akhbar...nasihat dari saya...harap-harap berhati-hatilah dalam membuat program yang lain lepas ni...banyakkan bertanya pendapat orang dalam bidang agama...teruskan usaha anda dalam program untuk mendidik masyarakat kearah kebaikan...Semoga sukses selalu...

Sekian...wassalam....

No comments:

IKLAN DARI NUFFNANG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...