Air terdiri daripada 75% daripada komposisi badan kita, jadi ini membuktikan air lebih penting daripada segala makanan yang lain. kekurangan air dalam badan atau lebih dikenali sebagai dehydration boleh menyebabkan sistem dalam badan terganggu dan boleh menyebabkan penyakit-penyakit merbahaya menyerang tubuh kita termasuklah masalah kegemukan. Mitos mengatakan air yang lebih menyebabkan perut menjadi buncit. ianya adalah betul dan tidak betul juga. sekiranya kita minum pada waktu-waktu yang betul air dapat mencegah banyak penyakit moden sekarang ini. jangan la kita minum dengan banyak sebelum dan selepas makan...minumla sekadar menghilang rasa tercekik dan sebagai pelincir makanan turun melalui esofagus ke perut. banyakkan minum pada waktu selain dari waktu makan.
Pokok yang tidak dapat air akan mati, sama juga manusia...satu-satu sistem badan kita akan rosak...air seperti minyak kepada kenderaan...tanpa minyak satu2 enjin tidak dapat dijalankan...dan tanpa minyak juga enjin akan rosak...sel-sel badan kita memerlukan air sebagai penggerak untuk bekerja...
antara masalah-masalah kekurangan air adalah seperti berikut:
1. Kepenatan-
bagi orang yang bekerja berat, atlet, kepenatan adalah perkara biasa kerana tenaga banyak dikeluarkan, tapi ianya bukan satu-satunya faktor keletihan...bagaimana pula bagi orang yang tidak bekerja berat tetapi juga letih? ini adalah kerana jantung terpaksa bekerja lebih untuk mengepam darah lebih kuat supaya setiap sel mendapat bekalan secukupnya.
2. Cepat Marah-
Kekurangan air menyebabkan suhu badan meningkat, ini menyebabkan perasaan marah itu meningkat.
3. Darah Tinggi-
tanpa air yang cukup, kepekatan darah dalam badan meningkat, menyebabkan proses perjalanan darah terganggu. ini boleh menyumbang kepada strok.
4. Penuaan-
semakin banyak tenaga yang dikeluarkan,sekira tidak dijaga sebetulnya... semakin cepatla tua sistem dalam dan luar badan kita.
5. Masalah Kulit-
air dapat membuang toksin melalui sistem perkumuhan, sekiranya toksin tidak dibuang masalah kulit boleh terjadi seperti psoriasis dan dermatitis.
6. Sakit Tulang-
air bertindak sebagai penyerap tekanan antara joint tulang, dan membolehkan kita bekerja tanpa rasa sakit.
9. Kegemukan-
kenaikan paras kolestrol akan meningkat, dan metabolisma badan berkurang. seseorang yang berasa lapar bukan pada waktunya, minum lah...pasti akan hilang perasaan tu.
10. Masalah Pencernaan
11. Masalah Buah Pinggang
Jadi, minumlah air sekurang-kurangya 8gelas sehari bagi orang dewasa...bergantung juga kepada kerja kita pada hari itu...sekiranya banyak tenaga dikeluarkan maka perlulah lebih banyak air diminum.